By Megat Aiman
Too Phat ditubuhkan oleh Malique dan Joe pada akhir 1990-an. Syarikat rakaman yang menaungi mereka ialah Positive Tone. Album pertama Too Phat berjudul Whuttadilly, Lagu-lagu yang dipetik dari album tersebut seperti Too Phat Baby menerima sambutan hangat peminat muzik Malaysia dan berjaya meletakkan hip-hop sebaris dengan genre muzik popular yang lain.
Album kedua mereka, Plan B yang memuatkan lagu-lagu hit seperti Anak Ayam, You dan Just A Friend berjaya mencapai hasil jualan yang luar biasa iaitu melebihi 45,000 unit. Lama-kelamaan ramai lagi artis hip-hop turut menyertai perjuangan mereka dalam misi yang sama dan membentuk kesatuan Phat Family.
Too Phat terus menghasilkan satu lagi album yang tertumpu kepada lagu Inggeris, 360° yang menampilkan hasil kerjasama dengan artis hip-hop antarabangsa. Album ini berjaya dijual mencecah 100,000 unit dan disusuli edisi Platinum yang mengandungi lagu-lagu album asal beserta lagu-lagu tambahan.
Too Phat - Alhamdulillah (English Version)
Setelah keluarnya album kompilasi the Classics, timbulnya persoalan mengenai masa depan Too Phat apabila dikhabarkan bahawa Malique berpisah dengan Joe untuk mengambil masa berehat dari kerjanya. Apabila Last Song yang diterapkan dalam album kompilasi itu berkumandang di radio, ramai yang menyangka mereka berpecah dan memulakan kerjaya solo masing-masing.
Persoalan tersebut terjawab apabila Too Phat bersatu semula untuk menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Kartel, di mana mereka menghasilkan album baru, Rebirth Into Reality. EMI masih memikul tugas sebagai pengedar album Too Phat. Album ini menampilkan banyak kolaborasi dengan artis hip-hop terkemuka dari seluruh Asia-Pasifik seperti Machi dari Taiwan, diikuti penampilan daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Inul Daratista.
No comments:
Post a Comment