Tuesday, 13 December 2016

how 1 malaysia be created? by iqmal

BAGAIMANA GAGASAN 1 MALAYSIA DITUBUHKAN
Secara ringkasnya, gagasan 1Malaysia telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6 sebaik sahaja mengambilalih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 03 April 2009. Konsep 1Malaysia adalah sebenarnya kelangsungan terhadap dasar-dasar pro-perpaduan yang sebenarnya telah bermula sejak era Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi (Mahadzir dan Mohd Shah 2010,10). Justeru, dasar dan konsep ini bukanlah merupakan suatu perkara yang baru. Ini ditegaskan oleh Perdana Menteri semasa berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) pada 28 April 2009 di Putrajaya International Convention Centre (Najib, 2009). Menerusi konsep 1Malaysia ini adalah menjadi hasrat dan kesungguhan politik Kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib untuk memberikan keutamaan dan mendahulukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat meliputi semua etnik dan kaum tanpa ada pun yang akan tercicir dan diketepikan dari arus perdana serta pembangunan. Meskipun begitu, ini tidak pula bermakna bahawa dasar afirmatif bagi membantu bangsa Melayu dan kaum Bumiputera yang lain akan diketepikan. Cuma apa yang berbeza adalah dari segi pendekatan dan pelaksanaannya. 1Malaysia itu berdiri kukuh dengan lapan nilai-nilai teras di dalamnya yang diharapkan akan dapat dihayati oleh setiap warganegara secara mendalam. Natijahnya apa yang diimpikan adalah agar ia akan menyatupadukan rakyat Malaysia dengan satu pemikiran dipusatkan dan tindakan strategik diambil bagi mencapai satu matlamat, iaitu perpaduan kaum dalam ertikata yang sebenar, 1Malaysia. Nilai-nilai berkenaan antara lain adalah ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritkorasi, pendidikan, integriti serta budaya kecemerlangan (Najib, 2009). Teras bagi konsep ini dapat dibahagikan kepada dua teras utama. Teras pertama adalah konsep penerimaan berbanding dengan toleransi dan ia pula dibahagikan kepada tiga perkara pokok iaitu perbezaan bangsa, keadilan sosial dan prinsip kenegaraan berlandaskan prinsip yang digariskan oleh Perlembagaan dan Rukun Negara. Manakala teras ke dua pula adalah asimilasi prinsip perpaduan dan nilai aspirasi (Asri Salleh 2010).


No comments:

Post a Comment