Tuesday, 13 December 2016

SEJARAH UNISEL by iqmal

Universiti Selangor (UNISEL) yang dahulunya dikenali dengan Universiti Industri Selangor telah ditubuhkan pada 23 Ogos 1999. UNISEL beroperasi di dua kampus iaitu di kampus induk berkeluasan 1000 ekar di Bestari Jaya, Kuala Selangor dan kampus bandar di Jalan Zirkon, Seksyen 7, Shah Alam.
Penubuhan UNISEL juga seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri sekarang untuk menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan serantau yang terunggul. Selangor perlu memainkan peranan lebih aktif dalam penawaran program pengajian pendidikan tinggi bagi meningkatkan pembangunan modal insan yang cemerlang. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ketujuh di Malaysia, UNISEL memiliki keunikan tersendiri kerana ia adalah universiti milik kerajaan negeri yang pertama di Malaysia.

No comments:

Post a Comment