By Megat Aiman
Parkour bermaksud bergerak atau berpindah tempat dari point A ke point B dengan cara sepantas mungkin. Parkour mengutamakan seni bergerak sekaligus diimbangi oleh kemampuan dari tubuh manusia itu sendiri.
Sebenarnya Parkour sudah ada sejak dulu lagi. Tetapi Parkour diterangkan dan diperkenalkan ke seluruh dunia oleh seorang lelaki berbangsa Perancis yang dikenali dengan nama David Belle. Dia telah memperkenalkan sukan ini ke seluruh dunia yang pada mulanya hanya berkembang di Perancis. Sehingga akhirnya berkembang ke seluruh Eropah dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.
Namun jauh sebelum itu, ada seorang pelaut Perancis pada abad ke 19 bernama Georges Hebert yang mengembangkan kaedah latihan yang mampu mengeluarkan tenaga manusia yang tersembunyi dalam tubuhnya. Hebert diilhamkan oleh suku di Afrika yang mempunyai kemampuan olahraga dan gimnastik. Perkara yang telah membuat suku tersebut kuat adalah kawasan sekililingnya yang mana telah melatih mereka dengan sendirinya selama bertahun-tahun. Hebert telah mewujudkan sebuah latihan yang diberi nama methode naturalle yang terkenal dengan moto" etre fort pour ĂȘtre utile" yang bermaksud "to be strong, to be useful".
Latihan ini meliputi sepuluh pergerakan asas iaitu walking, running, jumping, swinging, quapedral movement, balancing, throwing, lifting, climbing, dan swimming. Kaedah tersebut telah dipakai para tentera Perancis ketika perang Vietnam. Salah satu yang mendalami latihan itu adalah Raymond Belle, ayah David Belle itu sendiri.
Melihat ayahnya, Raymond Belle seorang tentera Perancis yang berkerja bersama sapeurs-pompiers (pemadam kebakaran tentera) yang lahir di tengah keluarga bomba membuat David terinspirasi dengan cerita-cerita tentang kepahlawanannya. Pada umur 16 tahun, David memutuskan untuk meninggalkan sekolah untuk mencari kebebasan untuk membina kekuatan dan ketangkasan supaya berguna dalam kehidupannya, seperti yang selalu dinasihatkan oleh ayahnya.
Raymond memperkenalkan pada anaknya tentang sebuah latihan halang rintang dan kaedah natural yang akhirnya dikenali dengan nama Parkour. Sejak saat itu, setiap kali David pulang dari sekolah dia mula bermain senario sendiri seperti cara untuk meloloskan diri dari situasi yang sukar. Menurut David, Parkour dapat digunakan sebagai self-defense dalam keadaan luar jangkaan. Jikalau martial art boleh disebut sebagai sebuah bentuk latihan untuk fight (bertarung), parkour pula suatu bentuk latihan untuk flight (kabur).
Sejak Usia 15 tahun, David Belle telah berpindah ke Lisses (salah satu bandar di Perancis). Pada ketika itu, dia telah bertemu dengan para remaja di sana yang tertarik dengan apa yang dilakukan olehnya. Disitulah lahirnya sebuah kumpulan Parkour yang dikenali dengan nama Yamakasi.
Bersama rakan waktu dia kecil, Sebastian Foucan beserta beberapa pemuda lain mula membangunkan Yamakasi sebagai pasukan Parkour yang dikenali di Perancis. Namun kerana perbezaan prinsip, David dan Sebastian berpisah dan meninggalkan Yamakasi. Sehingga kini filem Yamakasi yang dibuat pada tahun 2001 tetap berjalan tanpa kehadiran mereka berdua.
David tetap memegang prinsip Parkour yang mengutamakan tentang keberkesanan dan kecekapan yang menampilkan kesederhanaan dan mempunyai cara melepasi rintangan dengan cepat dan efisyen. Sedangkan Sebastian lebih memilih untuk membuat gerakan-gerakan dari parkour kelihatan lebih indah yang dapat membuat orang yang melihatnya tertarik. Sehingga akhirnya ia telah menambah pergerakan acrobat seperti flip atau salto dikombinasi dengan gerakan "pacours du combatant" yang akhirnya menjadi Freerunning. Hal tersebut yang membuat David Belle berbeza pandangan dengan Sebastian Foucan. Kerana menurut beliau, gerakan acrobat atau salto sangat tidak berkesan dan sangat jauh dengan konsepnya Parkour.
No comments:
Post a Comment