By Megat Aiman
Ganja daripada tumbuhan marijuana/ Canabis
Ganja atau Canabis adalah sejenis dadah yang didapati dari pokok marijuana. Bahan aktifnya adalah Tetrahydro-cannabinoids (THC) dimana ia adalah sejenis dadah perangsang atau stimulant. Ia boleh digunakan dengan pelbagai cara tetapi cara yang paling kerap digunakan adalah dengan Inhalation ataupun sedutan asap ganja samada melalui rokok, pipe atau daun ganja di wapkan dengan air, dan disedut wapnya.
Antara kesan-kesan negatif daripada penggunaan ganja termasuk kesan ketagihan yang ketara di mana 9% daripada mereka yang mencuba dadah ini akan menjadi ketagih kepadanya. Namun peratus ketagihan meningkat di kalangan remaja di mana 1 dalam 6 remaja akan menjadi ketagih kepadanya dan 25-50% akan menjadi ketagih sekiranya menghisap ganja melalui rokok setiap hari. Antara kesan yang lain termasuk kesan kepada kognitif otak di mana penagih tidak mampu memberi tumpuan terhadap sesuatu, kurang kekuatan memori dan gangguan terhadap percakapan.
Walaupun ganja adalah berasal daripada sejenis tumbuh-tumbuhan, ramai yang tidak mengetahui bahawa telah termaktub di dalam undang-undang bahawa menjadi kesalahan untuk menanam dan mengusahakan ganja. Di dalam Akta dadah berbahaya 1952, di bawah Sek 6B iaitu kesalahan Menanam dan Mengusahakan Ganja. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang daripada enam sebatan.
Di Bawah Akta yang sama, Seksyen 39B, hukuman mati mandatori diperuntukkan untuk kesalahan memiliki 200gm atau lebih ganja. Sesyen 39 (A) (2) memperuntukkan denda tidak kurang daripada 5 tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 sebatan, jka sabit kesalahan memiliki 50-200gm ganja.
Terdapat juga hukuman-hukuman lain dikenakan di bawah akta yang sama di bawah seksyen 39(A)(1), Seksyen 6, Seksyen 10, 12(2) dan juga 15(A) dan 15(B).
No comments:
Post a Comment