Dari Hafizul Hafis
Women`s
Boat To Gaza adalah satu inisiatif Freedom Flotilla Coalition (FFC). Misi ini
akan disertai oleh lebih 20 orang wanita ternama dari pelbagai negara dan agama
dan akan mengetengahkan objektif yang cukup besar iaitu memberi tekanan kepada
Israel agar menghentikan kepungan di Gaza yang berlarutan selama hampir 10
tahun..Organisasi ini juga merupakan badan
organisasi antarabangsa yang mana peserta dia adalah berlainan kaum, negara,
dan agama.
Terdiri daripada
beberapa buah negara yang menyertai organisasi ini diantaranya adalah Kanada,
Itali, Norway, Afrika Utara, Spain, Swiden, Turki, U.S, New Zealand , Australia,
dan Malaysia.
Organisasi ini
membantu rakyat gaza dari segi makanan, minuman, dan mereka juga menghulurkan
bantuan kepada rakyat ini.
Yang menariknya
lagi organisasi WBG ini kesemuanya adalah wanita. Betapa berani dan kentalnya
jiwa mereka.
Women Boat To
Gaza telah mendapat sambutan yang sangat besar dari semua negara atas
keberanian mereka menyeberangi beberapa buah negara dan menempuh segala rebut taufan
semata-mata untuk menghantar bantuan kepada warga palestin.
Seterusnya,
tujuan penganjuran misi keamanan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat dunia bahawa hak-hak rakyat Palestin harus dikembalikan disamping
menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin terutamanya wanita dan
kanak-kanak dan perjuangan membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis
merupakan usaha bersama seluruh dunia.
Mereka memulakan
perjalanan mereka dari Basalona sebanyak 13 orang sukarelawan daripada Basalona.
Seterusnya mereka pergi ke Ajaccio. Dari
Ajacio bilangan sukarelawan mereka bertamabah. Jumlah mereka sesudah sampai ke Ajaccio
adalah 16 orang sukarelawan. Dari Ajaccio mereka bergerak ke Mesir. Dari Mesir
mereka terus gerak ke Gaza.
Yang paling
membanggakan adalah sukarelawan dari Malaysia adalah Dr. Fauziah Hassan.
Beliau merupakan
salah seorang orang kuat di dalam organisasi ini dan beliau juga telah membawa
nama Malaysia di persada dunia.
"Misi
ini adalah sekecil usaha kearah pembebasan Palestin dan kita mahu wanita dan
kanak-kanak di Palestin merasakan dunia ini cakna pada nasib mereka," kata
Ahli Jawatankuasa Pusat Ikramdan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr
Fauziah Mohd Hasan.
Organisasi ini menekan
kan bahawa sifat berperikemanusiaan itu sangat penting dalam diri seseorang.
Walaupun berlainan agama kita masih lagi boleh membantu mereka yang susah di
luar sana. Sedarlah di luar sana lagi ramai orang yang memerlukan pertolongan
kita.
No comments:
Post a Comment