Pada bulan puasa tahun ini 2016 kami CMC telah
mengadakan sebuah program yang dinamakan Iftar Kasih.
Iftar Kasih ini berlangsung dia sebuah restoran arab
yang terkemuka yang dinamakan Al-Rawsha. Restoran amat terkenal bila menjelang
bulan ramadhan dan juga bagi penggemar-penggemar makanan arab.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan
silaturahim antara ahli kelab dan juga silaturahim di antara pensyarah, pelajar
serta anak yatim pada bulan ramadhan. Selain itu juga, ianya dapat memeriahkan
lagi suasana dengan sambutan berbuka puasa dan solat terawih beramai-ramai,
juga menaikkan nama kelab di UNISEL. Justeru untuk menaikkan nama kelab ini,
komitmen yang tinggi daripada semua ahli kelab amatlah diperlukan.
Sehubungan
itu, ahli jawatankuasa CMC ingin mengambil inisiatif ini, dengan menganjurkan Iftar
Kasih 2016 dengan harapan pelajar dan anak yatim dapat turut serta dalam
program ini
.
Iftar Kasih
ini juga sebagai medium untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan,
berkeyakinan, berwibawa dan berintelektual tinggi serta menjalani kehidupan
yang sihat dan seimbang bukan sahaja dari segi pendidikan duniawi malah
pendidikan dari uhkrawi juga. Selain daripada itu, program ini dianjurkan untuk
mencungkil bakat dan mempelbagaikan kemahiran yang dimiliki oleh warga kampus
di samping dapat menggarap kemahiran sosial, berorganisasi dan menjadi suatu
pengalaman berharga bagi para pelajar yang amat berguna apabila mereka
bergraduasi nanti.
Seramai 330 orang peserta, dijangkakan akan menyertai
program ini iaitu seramai 200 pelajar adalah terdiri daripada pelajar UNISEL
khusunya dari Fakulti Komunikasi dan Media termasuk ahli jawatankuasa CMC. 80
pelajar jemputan daripada Sekolah
Madrasah Tahfiz Hidatul Muttaqin’ termasuk guru-guru dan pengiring mereka
dan juga Malaysian Lifeline For Syria.
Manakala 50 lagi daripada jemputan VIP, pihak penaja, pihak pengurusan UNISEL,
dan para pensyarah
Iftar Kasih 2016 juga telah mendapat sambutan yang
tinggi dan nama CMC kini naik di dalam sosial media khususnya di dalam UNISEL
.
Saya sebagai salah seorang wakil daripada CMC amat
berbangga atas pencapaian yang kami dapat daripada pihak-pihak atasan yang kami
jemput.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas
segala penat lelah ahli CMC sendiri.
Sekian daripada saya Hafizul Hafis timbalan pengarah
untuk program Iftar Kasih 2016.
No comments:
Post a Comment