Tuesday, 29 November 2016

Kanak Kanak Dan Gajet


Kanak-Kanak Dan Gajet
BY: Alif Zulpikri
                 Pada masa kini, kita sering kali melihat kanak kanak bermain dengan gajet. Gajet mempunyai kebaikan dan keburukannya, oleh itu, dalam hal ini, ibu bapa amat penting untuk memainkan peranan kepada anak mereka supaya tidak leka untk bermain dengan gajet.
                 Ibu bapa haruslah membahagikan masa kepada anak mereka untuk bermain dengan gajet agar kanak kanak tidak lupa dengan pelajaran. Ibu bapa juga perlulah melihat gajet anak anak mereka supaya tidak mempunyai aaplikasi aplikasi yang tidak penting dan aplikasi aplikasi yang melalaikan. Aplikasi-aplikasi yang patut ada di dalam gajet kanak kanak adalah tentang pembelajaran kerana ia boleh membantu kanak kanak dalam pelajaran yang mereka lemah.

                 Kanak-kanak hendaklah mendisplinkan diri mereka dengan bermain dengan gajet agar mereka tidak kurang tidur dan mempunyai masa yang cukup untuk tidur. Hal ini membolehkan kanak-kanak rabun jika mereka sentiasa bermain dengan gajet. Oleh itu ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting supaya anak anak mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran jika mereka selalu bermain dengan gajet

No comments:

Post a Comment