Tuesday, 29 November 2016

By Iqmal Tugiman

Mengapa Tikus Sering Menjadi haiwan Ujikaji Makmal
Tikus mepunyai peranan penting sebagai haiwan ujikaji di makmal. Dari ujikaji ubatan penawar kanser hinggalah kepada ujian makanan tambahan, tikus sangat berpotensi menjadi bahan kajian dalam menemukan ubatan atau kaedah baru dalam dunia perubatan.
Mengapa tikus? Artikel di bawah cuba menjawab persoalan ini.Menurut Foundation for Biomedical Research (FBR), 95% haiwan makmal adalah tikus. Saintis dan penyelidik bergantung kepada tikus untuk ujikaji mereka berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ialah, haiwan ini kecil, mudah disimpan, dipelihara, dikendalikan serta mudah mengadaptasikan badannya dengan suasana persekitaran.

Beberapa tikus SCID ( Severe Combined Immune Deficiency) secara semulajadi dilahirkan tanpa mempunyai kekebalan tubuh dari serangan penyakit dan ia menjadi model penyelidikan keadaan normal dan luar biasa akibat penyakit ke atas tubuh manusia. Penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, katarak, kekejangan, masalah pernafasan, Parkinson, alzheimer, kanser, HIV dan AIDS, penyakit jantung, masalah saraf spinal adalah contoh penyakit manusia yang  menggunakan tikus sebagai ujian bagi mengkaji penawar penyakit tersebut.
Tikus juga digunakan untuk menguji ubat anti ketagihan dadah dan sekiranya berjaya, ubat tersebut berupaya menghentikan ketagihan.
“Menggunakan haiwan penting untuk pemahaman secara saintifik sistem pertahanan badan manusia seterusnya menghasilkan ubat dan penawar penyembuhan berguna

No comments:

Post a Comment