Saturday, 15 October 2016

DOTA 2?

BY MEGAT AIMAN

Pengenalan DOTA 2



Dota 2 adalah sebuah permainan multiplayer online battle arena. Ia merupakan singkatan kepada "Deffence Of The Ancients" yang dicipta dari inspirasi Warcraft 3 : Reign of Chaos dan Warcraft 3 : The Frozen Throne. DotA 2 dikembangkan oleh Valve Corporation, diterbitkan pada julai 2013 yang mana ia dapat dimainkan melalui operation system Microsoft WindowsOS X and Linux.  Cara untuk para penggemar game memuat turun ke pc mereka adalah dengan membuat akaun Steam yang mana distributor rasmi nya VALVE. Apa yang lebih menarik adalah permainan ini percuma untuk dimuat turun. 
  Pengembangan Dota 2 bermula sejak tahun 2009. Ketika pemaju mod DotA, Icefrog, diupah oleh Valve sebagai lead designer. Dota 2 dipuji oleh pengkritik kerana gameplay-nya, kualiti pembuatan dan kesetiaan pada gameplay pendahulu (DotA mod Warcraft 3).Dota 2 juga dikatakan sebagai permainan yang susah dipelajari dan para pemain yang tidak ramah. Dota 2 menjadi game yang mempunyai pemain paling banyak aktif di Steam, dengan kiraan 800,000 pemain dalam talian setiap hari.

GAME PLAY



Dota 2 dimainkan oleh 2 team yang mana beranggota 5 orang pemain setiap pasukan. Setiap pasukan mempunyai markas yang berada di belah berlainan dan mempunyai satu bangunan bernama "Ancient" dimana pasukan itu harus berusaha menghancurkan "Ancient" musuh agar dapat memenangi pertandingan tersebut. Setiap pemain mengawal satu watak "Hero" yang memberi tumpuan kepada penaikan level, mengumpulkan gold, membeli item dan berlawan dengan musuh untuk menang.

No comments:

Post a Comment