Wednesday, 19 October 2016

Belajar Menulis Berita

OLEH FARIQ ODNAN

Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera.

Komunikasi Massa bukan sahaja melibatkan berkomunikasi dan pergaulan semata-mata, tetapi Komunikasi Massa melibatkan pergaulan dalam komunikasi untuk mendapatkan informasi dan berita terkini khususnya untuk para mahasiswa/i yang melibatkan diri di dalam industri Komunikasi dan Media.

Jadi pada hari ini, kami didedahkan dengan salah satu tugasan kami yang berkait rapat dengan Komunikasi Massa, iaitu Penulisan Berita. Kebiasaanya, kebanyakkan orang hanya akan membaca berita semata-mata tanpa melihat dan memerharikan cara penulisan berita itu ditulis. Dan pada hari ini, kami mendapat ilmu baru berkenaan penulisan berita di dalam kelas Writing for Media.

Antara ilmu yang diperoleh kami ialah:

1. Cara menulis nama beserta usia di dalam berita. Contoh:
a) Merujuk kepada MUHAMMAD FARIQ, 20, ........ (X)
b) Merujuk kepada Muhammad Fariq bin Odnan, 20, ........ (X)
c) Merujuk kepada Muhammad Fariq, 20, ......... (/)

Sebab salah dan betul.
a) Salah kerana di dalam penulisan berita, nama seseorang mestilah ditulis dengan huruf kecil.
b) Salah kerana di dalam berita, perkataan "bin/binti" tidak perlu ditulis kerana berita mestilah pendek dan padat.
c) Betul kerana nama ditulis dalam huruf kecil tanpa perkataan "bin/binti".

Itulah di antara ilmu yang diperoleh oleh kami di dalam kelas pada hari. In Sha Allah, kami akan kembali pada minggu depan dengan tajuk berita yang lebih menarik.




No comments:

Post a Comment