Sunday, 21 July 2019

Kyoto Protocol Band





Kyoto Protocol adalah band dari Kuala Lumpur yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan terdiri daripada lima orang iatu vocalist dan guitarist Fuad, back-up vocalist/keyboard player Gael, guitarist Hairi, bassist Shakeil, dan drummer Shan.Mereka merupukan kumpulan yang memainkan lagu bergenre indie-rock. Band ini telah memenangi tempat pertama dalam Yamaha Asian Beat 2009 Central Regional Finals. Pada tahun 2011 Kyoto Protocol menerima nominasi untuk artis baru terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM). Kyoto Protocol dikenali sebagai naib juara di TV9 dalam rancangan Versus pada tahun 2013. Jun 2011 band ini telah melancarkan album pertama mereka iaitu ‘’Pussycat’’ di bawah Monsoon Records.
           
               Pada pandangan saya tentang Kyoto Protocol, mereka mempunyai keunikkannya yang tersendiri dan anda semua boleh mendengar lagu lagunya di Youtube

Tuesday, 13 December 2016

#MannequinChallenge

By Megat Aiman


The Mannequin Challenge adalah satu video viral yang menjadi trend di Internet yang mana si pelaku beraksi seolah-olah dibekukan seperti mannequins dan yang bergerak hanyalah si perakam mereka. Kebiasaanya lagu "Black Beatles" oleh Rae Sremmurd menjadi musik latar sepanjang video tersebut. Hashtag #MannequinChallenge telah digunakan untuk platform media sosial seperti Twitter dan Instagram.


Dipercayai bahawa fenomena ini telah dimulakan oleh pelajar di Jacksonville, Florida pada 12 Oktober 2016. Sejak daripada itu, ia telah memberikan inspirasi kepada masyarakat lain untuk turut melakukan trend tersebut. Ia telah mendapat sambutan yang hangat oleh para-para atlet sukan dan artis dan kini semua masyarakat berbeza peringkat umur turut menyahut cabaran tersebut!

Ganja? Weed? What is that?

By Megat Aiman





Ganja daripada tumbuhan marijuana/ Canabis
Ganja atau Canabis adalah sejenis dadah yang didapati dari pokok marijuana. Bahan aktifnya adalah Tetrahydro-cannabinoids (THC) dimana ia adalah sejenis dadah perangsang atau stimulant. Ia boleh digunakan dengan pelbagai cara tetapi cara yang paling kerap digunakan adalah dengan Inhalation ataupun sedutan asap ganja samada melalui rokok, pipe atau daun ganja di wapkan dengan air, dan disedut wapnya. 
Antara kesan-kesan negatif daripada penggunaan ganja termasuk kesan ketagihan yang ketara di mana 9% daripada mereka yang mencuba dadah ini akan menjadi ketagih kepadanya. Namun peratus ketagihan meningkat di kalangan remaja di mana 1 dalam 6 remaja akan menjadi ketagih kepadanya dan 25-50% akan menjadi ketagih sekiranya menghisap ganja melalui rokok setiap hari. Antara kesan yang lain termasuk kesan kepada kognitif otak di mana penagih tidak mampu memberi tumpuan terhadap sesuatu, kurang kekuatan memori dan gangguan terhadap percakapan.



Walaupun ganja adalah berasal daripada sejenis tumbuh-tumbuhan, ramai yang tidak mengetahui bahawa telah termaktub di dalam undang-undang bahawa menjadi kesalahan untuk menanam dan mengusahakan ganja. Di dalam Akta dadah berbahaya 1952, di bawah Sek 6B iaitu kesalahan Menanam dan Mengusahakan Ganja. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang daripada enam sebatan.
Di Bawah Akta yang sama, Seksyen 39B, hukuman mati mandatori diperuntukkan untuk kesalahan memiliki 200gm atau lebih ganja. Sesyen 39 (A) (2) memperuntukkan denda tidak kurang daripada 5 tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 sebatan, jka sabit kesalahan memiliki 50-200gm ganja.
Terdapat juga hukuman-hukuman lain dikenakan di bawah akta yang sama di bawah seksyen 39(A)(1), Seksyen 6, Seksyen 10, 12(2) dan juga 15(A) dan 15(B).

Rancangan Realiti Lawak Solo 2016

By Megat Aiman




Saluran Astro Warna telah memperkenalkan sebuah lagi program realiti baru yang berjudul Lawak Solo. Program yang telah menggeletek penonton di rumah ini mencari pelapis pelawak solo tanahair yang boleh mencuit hati peminat dunia komedi negara menerusi lawak bersahaja yang dilakukan bersendirian.

Juara Lawak Solo akan menerima wang tunai sebanyak RM 80,000.00 berserta trofi. Naib juara dan tempat ketiga pula akan membawa pulang RM 40,000.00 dan RM 20,000.00 berserta trofi. Pemenang tempat keempat juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM 10,000.00 turut menanti.

Pada tahun iniMohamad Danial Bin Mohd Zaini, 23 tahun yang berasal dari Pulau pinang telah menjadi juara dengan membawa wang tunai sebanyak RM 80,000.00 beserta trofi.




Keputusan Lawak Solo Akhir

  1. Danial - RM80k tunai
  2. Mad Sabah - RM40k
  3. Fikry - RM20k
  4. AG Hafiz - RM10k

Bob Marley : King of Raggae

By Megat Aiman



Robert Nesta Marley, (6 Februari 1945 – 11 Mei 1981) atau lebih dikenali sebagai Bob Marley ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik Jamaica. Beliau ialah pemain gitar berirama dan penyanyi utama kumpulan Bob Marley & The Wailers (1963–1981) untuk ska, rocksteady dan rege. Bob Marley kekal sebagai penghibur muzik rege paling terkenal dan dihormati, dan mendapat pujian dengan membantu mengembangkan kedua-dua muzik Jamaica dan pergerakan Rastafari ke seluruh dunia. 
Bermula pada tahun 1963 dengan kumpulan The Wailers, Marley menjalin penulisan lagu yang tersendiri dan gaya vokal yang kemudian akan bergema dengan penonton di seluruh dunia. The Wailers mengeluarkan sesetengah rekod reggae awal dengan penerbit Lee "Scratch" Perry.
Selepas Wailers dibubarkan pada tahun 1974, Marley meneruskan kerjaya solo pada England yang membawa kepada berlakunya keluaran album Exodus pada tahun 1977, yang mewujudkan reputasi di seluruh dunia dan menghasilkan statusnya sebagai salah satu artis yang paling laris di dunia sepanjang zaman, dengan jualan lebih 75 juta rekod. Keluaran kekal di carta album British lima puluh enam minggu berturut-turut. Ia termasuk empat single hits UK: "Exodus", "Waiting in Vain", "Jamming", dan "One Love". Pada tahun 1978 beliau mengeluarkan album Kaya, yang termasuk single hit "Is This Love" dan "Satisfy My Soul".

Bob Marley - Redemption Song

Disahkan menghidap melanoma lentiginous kebas pada tahun 1977, Marley meninggal dunia pada 11 Mei 1981 di Miami Beliau dianggap sebagai salah satu daripada pemuzik yang paling berpengaruh sepanjang masa dan dikreditkan dengan mempopularkan muzik rege di seluruh dunia, dan juga berkhidmat sebagai simbol budaya dan identiti Jamaica. Marley juga telah berkembang menjadi simbol global, yang telah tanpa henti melalui pelbagai media.
Pada usia 36 tahun, beliau adalah seorang Rastafari komited yang menyelitkan muzik beliau dengan rasa kerohanian.

Siapa Too Phat?

By Megat Aiman




Too Phat ialah sebuah duo rapper Malaysia yang terdiri daripada Malique Ibrahim dan Joe Flizzow. Terkenal kerana mendendangkan lagu rap yang kebanyakannya berbahasa Inggeris tetapi bercampur dengan unsur-unsur kemalaysiaan dan keasiaan, Too Phat dikenali kerana merupakan salah satu daripada sebilangan kecil artis hip hop Malaysia yang berjaya menempah nama di peringkat antarabangsa, khususnya di rantau Asia.

Too Phat ditubuhkan oleh Malique dan Joe pada akhir 1990-an. Syarikat rakaman yang menaungi mereka ialah Positive ToneAlbum pertama Too Phat berjudul Whuttadilly, Lagu-lagu yang dipetik dari album tersebut seperti Too Phat Baby menerima sambutan hangat peminat muzik Malaysia dan berjaya meletakkan hip-hop sebaris dengan genre muzik popular yang lain.
Album kedua mereka, Plan B yang memuatkan lagu-lagu hit seperti Anak Ayam, You dan Just A Friend berjaya mencapai hasil jualan yang luar biasa iaitu melebihi 45,000 unit. Lama-kelamaan ramai lagi artis hip-hop turut menyertai perjuangan mereka dalam misi yang sama dan membentuk kesatuan Phat Family.
Too Phat terus menghasilkan satu lagi album yang tertumpu kepada lagu Inggeris, 360° yang menampilkan hasil kerjasama dengan artis hip-hop antarabangsa. Album ini berjaya dijual mencecah 100,000 unit dan disusuli edisi Platinum yang mengandungi lagu-lagu album asal beserta lagu-lagu tambahan.

Too Phat - Alhamdulillah (English Version)

Setelah keluarnya album kompilasi the Classics, timbulnya persoalan mengenai masa depan Too Phat apabila dikhabarkan bahawa Malique berpisah dengan Joe untuk mengambil masa berehat dari kerjanya. Apabila Last Song yang diterapkan dalam album kompilasi itu berkumandang di radio, ramai yang menyangka mereka berpecah dan memulakan kerjaya solo masing-masing.
Persoalan tersebut terjawab apabila Too Phat bersatu semula untuk menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Kartel, di mana mereka menghasilkan album baru, Rebirth Into Reality. EMI masih memikul tugas sebagai pengedar album Too Phat. Album ini menampilkan banyak kolaborasi dengan artis hip-hop terkemuka dari seluruh Asia-Pasifik seperti Machi dari Taiwan, diikuti penampilan daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Inul Daratista.


Black Mentor









Black Mentor (By Alif Zulpikri)


Black atau dikenali sebagai Hanifah bin Md Hanafiah memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian dengan menyertai Mentor musim yang ke-3. Setelah 3 bulan bertanding Black telah dinobatkan sebagai juara. Black merupakan protege kepada Mas Idayu. Black telah berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu ke 24 dengan lagunya Aku Rindu Sayang Kamu dan beliau telah berjaya mendapat anugerah  vokal terbaik dalam anugerah tersebut. Jika anda ingin mendengar lagu dari black anda boleh melayari laman web www.youtube.com ataupun boleh search di Joox Black Mentor.